![]() ![]() |
|
Kejuruteraan Aplikasi |
|
'Pusingan pantas bagi reka bentuk sambungan rivet dan cadangan peralatan'
Kejuruteraan Aplikasi
Jurutera aplikasi Henrob menambahkan kepakaran pengikatan dan pemasangan kepada pasukan teknikal anda. Selepas penelitian keperluan sambungan dan pemasangan anda, mereka akan mencadangkan pengikat lengkap dan spesifikasi alatan kepada keperluan aplikasi anda dan persekitaran pengeluaran anda. Mereka mungkin mencadangkan juga perubahan reka bentuk produk untuk membolehkan pemasangan yang lebih efisien.Reka bentuk Sistem
Falsafah Henrob ialah mereka bentuk penyelesaian yang tahan lasak dan boleh dipercayai bagi pengeluaran. Ini dicapai dengan bantuan perisian reka bentuk berbantu komputer 3D (CAD) yang membolehkan pemodelan alatan secara mendalam dan kajian akses produk. Perisian Finite Element Analysis (FEA) digunakan untuk memastikan jangkaan hayat komponen. Data reka bentuk boleh ditukar melalui web, e-mel atau pelayan FTP, menawarkan pertukaran pantas reka bentuk sambungan rivet dan cadangan peralatan. |
|
|
© Hak cipta 2004. Semua hak terpelihara. Semua hak cipta dan tanda niaga lain adalah diiktiraf. Laman ini boleh diakses mereka yang kurang upaya, akses Tahap AAA. |
|