innovative joining solutions
Salutan Rivet
'Salutan rivet merupakan bahagian penting proses rivet dan memerlukan pertimbangan berhati-hati '
Saluran rivet merupakan bahagian penting dalam proses rivet dan memerlukan pertimbangan berhati-hati sebelum pemilihan dilakukan.

Senarai standard salutan ditunjukkan dalam jadual di bawah digunakan oleh majoriti aplikasi untuk melindungi rivet tebukan diri keluli apabila diaplikasikan kepada keluli, aluminium atau produk-produk lain. Salutan-salutan dikhususkan secara umumnya bagi perlindungan kakisan tetapi dalm keadaan tertentu mungkin diperlukan bagi tujuan hiasan. Hubungi Henrob untuk maklumat lanjut

Jenis Salutan
Warna
Aplikasi Sambungan Biasa
Zink
Perak
Keluli Disalut
Almac
Perak
Aluminium (suhu masak maksimum sehingga 180°c)
Zink/Timah
Perak
Aluminium (suhu masak maksimum sehingga 165°c)
Organik
(di atas Zink)
Perak atau Hitam
  • Kemasan organik gred makanan
  • Kemasan separa-hiasan
Kepala Dicat
(di atas salutan)
Sebarang Warna RAL
Colour matched to pre-painted materials
Bergilap
Perak
Digunakan pada rivet keluli tahan karat bagi aplikasi hiasan atau tahan kakisan
Ketahanan Suhu Meningkat
 

Salutan-salutan baru adalah serasi dengan semakin banyak aplikasi dan keadaan-keadaan persekitaran yang sedang dikaji di makmal-makmal kami atau sebagai sebahagian daripada program yang ditentukan oleh pelanggan. Salutan-salutan Henrob boleh dibekalkan bebas daripada krom heksavalen (Kromium 6) seperti yang ditentukan dalam "Arahan Hujung Hayat Kenderaan - 2006." Salutan-salutan istimewa lain turut tersedia.