innovative joining solutions
Sejarah
'Henrob komited untuk membawa sempadan teknologi HSPR ke tahap baru'

Early 1980's: Keith Jones, pengasas Henrob, diperkenalkan kepada rivet tebukan diri semasa lawatan kerja ke Australia. Tidak lama selepas itu, beliau memperoleh hak kepada teknologi berkenaan.

1985: Henrob ditubuhkan dan membuka kemudahan pengilangan UK di Flint, Wales Utara. Pelaburan agresif dalam R&D menghasilkan rentetan produk dan proses Perivetan Tebukan Kendiri (HSPR). Syarikat terus melabur 5-10% daripada jualannya dalam R&D.

1990: Henrob membuka pejabatnya di Brisbane untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran Australia dan memanfaatkan pengalaman mereka yang memperkenalkan SPR pada asalnya.

Rangkaian pelanggan dan pengedar Henrob kini meluaskan rangkaiannya ke Eropah, China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Jepun dan Scandinavia.

Aplikasi-aplikasi awal HSPR memfokuskan terutamanya kepada menyambung keluli bersalut bagi industri seperti saluran, kerangka rumah, tangga dan silo bijian.

Tempoh ini juga merupakan pengenalan alat rivet tebukan diri bergerak yang pertama di dunia dan telah membuka pintu bagi pelbagai aplikasi HSPR dalam pelbagai bentuk industri.

1992: Henrob dilamar oleh Audi agar membangunkan teknologi HSPR bagi pemasangan kereta semua aluminium Audi.

1995: Henrob membuka pejabat di Michigan sebagai respons kepada potensi besar HSPR dalam industri automotif di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

2001: Henrob GmbH ditubuhkan di Herford, Jerman, menawarkan pelanggan-pelanggan Eropah fleksibiliti sepenuhnya, dengan pilihan sama ada perkhidmatan terus atau berhubungan melalui wakil.


Permulaan milenium baru menandakan satu lagi yang pertama bagi Henrob dengan pelancaran kereta aluminium Jaguar XJ8. Dengan lebih 3,000 rivet Henrob dalam setiap kenderaan, projek ini merupakan penggunaan teknologi rivet tebukan diri yang paling maju dari segi teknikal setakat ini. Bagi menyokong Jaguar dari pembinaan prototaip sehingga pengilangan, Henrob mengumpulkan pasukan-pasukan jurutera di UK dan Amerika Syarikat dan juga membuka sebuah pejabat yang bersambung dengan kemudahan pengilangan Jaguar di UK.

Lain-lain badan semua aluminium pertama termasuk rangka ruang kereta body-in-white (BIW) di Eropah, lori cab-in-white (CIW) di Amerika Syarikat, dan kereta monocoque BIW di Eropah dan Amerika Syarikat.

Namun satu lagi detik sebagai pelopor ialah pembangunan rivet susunan berganda (sehingga 5 helaian) bagi alatan hidraulik dan servo.

2002: Sebuah kilang dibuka di Carolina Utara untuk menyediakan sokongan teknikal dan perkhidmatan logistik komprehensif bagi pelanggan-pelanggan di tenggara Amerika Syarikat.

2003: Pemasangan Henrob melebihi 3,000. Seorang agen dilantik di Korea Selatan.

2004: Berpindah ke ibu pejabat baru UK bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat kepada produk-produk Henrob dan pengembangan masa depan.

Henrob komited meningkatkan lagi sempadan teknologi HSPR ke peringkat lebih tinggi. Falsafahnya - "pembawa pembaharuan bukan peniru pembaharuan" - direalisasikan dalam budaya korporat yang berteraskan kebolehan keusahawanan dan kreatif. Kami amat berbangga kerana mempunyai dalam keluarga Henrob kami kumpulan pekerja yang paling berbakat yang amat berdedikasi hanya kepada teknologi rivet tebukan diri.