innovative joining solutions
Rivet Suapan Pita
'Kaedah yang amat boleh dipercayai, lasak, kurang penyenggaraan dan kos efektif bagi pengikat suapan automatik'
Henrob mempelopori sistem penyampaian suapan pita rivet tusukan diri dan kini mempunyai beberapa ribu unit yang digunakan di seluruh dunia. Teknologi ini memberikan kaedah yang amat boleh dipercayai, lasak, kurang penyenggaraan dan kos efektif bagi pengikat suapan automatik. Selain itu, ia merupakan kaedah paling pantas menyuapkan rivet ke penetap rivet: jumlah masa kitaran bagi menetapkan rivet dan menyuapkan rivet seterusnya ke kedudukan boleh kurang sehingga 1.2 saat, berbanding 3 hingga 4 saat bagi sistem suapan hembusan konvensional.

Kelebihan-kelebihan lain suapan pita adalah:
  • kos alatan lebih rendah berbanding sistem suapan hembusan
  • keupayaan untuk menetapkan keseluruhan bentuk rivet Henrob dengan mekanisme suapan yang sama, membolehkan fleksibiliti pengeluaran dan pengurangan inventori alat ganti
  • penukaran saiz rivet adalah pantas dan mudah - amat sesuai dengan kerja prototaip atau pengeluaran berjumlah kecil
  • Contohnya, menukar rivet daripada panjang 6mm kepada 10mm mengambil masa kurang 5 minit dan hanya melibatkan penggantian satu bahagian - sisipan muncung
  • putaran alat dan muatannya boleh dilakukan pada sebarang satah
  • rivet dikesan hanya apabila dimuat dengan betul dalam muncung (sistem suapan gegancu bagi pengeluaran berautomasi)
  • mobiliti alat yang baik bagi kawasan jig yang besar
  • pita atau label berkod warna boleh digunakan untuk mengelakkan pencampuran produk
  • gelendong khusus dikunci secara mekanikal tersedia untuk mengelakkan muatan produk yang salah
  • Penghasilan pengeluaran yang besar boleh dilakukan daripada satu gelendong - sehingga 10,000 rivet
  • Boleh diadaptasi kepada sama ada penetap rivet hidraulik atau elektrik
  • Sesuai bagi digunakan pada alatan robot termasuk sistem artikulasi tinggi