innovative joining solutions
Hidraulik Manual
'Kebanyakan daripada sistem awal ini masih digunakan hingga ke hari ini, membuktikan reka bentuknya dan komponen-komponennya yang berkualiti tinggi'
Sistem rivet hidraulik manual telah dikeluarkan oleh Henrob sejak tahun 1985. Kebanyakan daripada sistem awal berkenaan masih digunakan hingga ke hari ini, membuktikan reka bentuknya dan komponen-komponennya yang berkualiti tinggi. Satu sistem yang standard dikonfigurasi dengan pek kuasa hidraulik menghantar minyak melalui hos-hos hidraulik yang fleksibel ke alatan yang terdiri daripada penetap rivet dimuat rangka-C dan dai terbalik. Pengaktifan adalah dengan sama ada pemegang suis (dimuat di belakang rangka-C) atau suis kaki.

Konfigurasi biasa termasuk:
  • Alat sokongan imbangan berspring, tergantung daripada gantri atau trek atas
  • Alat kekaki tetap (boleh digunakan dengan manipulasi robot komponen melalui alat berkenaan)
Tiga model hidraulik asas tersedia. Semuanya berkeupayaan menetapkan kesemua rivet Henrob:

Tindakan Tunggal Hidraulik (SA) – penyelesaian kos efektif bagi aplikasi berjumlah rendah. Unit VAC fasa tunggal 115/220/240 boleh dipindahkan bila-bila masa di keliling bengkel. Penetap rivet tekanan tinggi adalah kompak dan ringan, membolehkan mobiliti yang baik.
Hubungi Henrob untuk maklumat lanjut.

Tindakan Dua Hidraulik (DA) - bagi masa kitaran pantas dan perjalanan hos panjang, biasanya sehingga 25 meter. Ia merupakan mesin bertenaga sebenar yang mampu menghasilkan pengeluaran berterusan dalam persekitaran paling sukar. Binaan yang lasak dan mudah membuatnya hanya memerlukan penyenggaraan minimum dan asas, yang mampu dilakukan oleh kebanyakan kakitangan bengkel.
Hubungi Henrob untuk maklumat lanjut.

Tindakan Dua Hidraulik Pra-Kapit (DAC) - menggabungkan kapitan bertenaga tinggi sebelum memasukkan rivet. Teknologi ini pada mulanya dibentuk bagi industri automotif di mana kualiti tinggi sambungan amat diperlukan. Sistem-sistem ini telah membuktikan kebolehpercayaannya dalam penggunaannya selama bertahun-tahun.
Hubungi Henrob untuk maklumat lanjut.

Pilihan dan peningkatan gred sistem DA dan DAC termasuk:
  • Operasi penetap rivet tunggal atau berkembar daripada satu pek kuasa
  • Kawalan keselamatan dua tangan "Kategori 3"
  • Kedudukan separa boleh sentut muncung penetap rivet
  • Keserasian lengkap dengan semua pilihan suapan rivet Henrob
  • Rivmon™ - sistem pemantauan proses milik Henrob