![]() ![]() |
|
Rivet Suapan Hembusan |
|
'Direka bentuk bagi memenuhi tahap kebolehpercayaan yang tinggi dalam persekitaran pengeluaran yang sukar'
Modul Suapan Hembusan RivTrans
Sistem pindahan rivet longgar Henrob adalah ideal bagi aplikasi rivet berjumlah tinggi di mana secara ekonomiknya lebih menarik bagi suapan berterusan. RivTrans direka bentuk untuk memenuhi kebolehpercayaan tahap tinggi dalam persekitaran pengeluaran yang sukar menggunakan kepintaran terbina dalaman bagi pengenalpastian kerosakan dan pemulihan kendiri. Penggunaan bahagian-bahagian yang boleh ditukar dengan pantas mengurangkan penyenggaraan dan masa kerja terhenti.
Sistem yang standard dikonfigurasi menggunakan unit storan rivet besar, titik pemisahan bagi memuatkan satu rivet tunggal ke dalam tiub penyampaian fleksibel, tiub penyampaian ke penetap rivet, dan muncung pintar pada alat bagi menerima dan mengesahkan bahawa rivet berkenaan dimuat dengan betul. Ciri-ciri Sistem
Suapan Magazin RivTrans™
Oleh kerana penggunaan teknologi HSPR pada barisan pengeluaran robotik telah meningkat, maka keperluan bagi kebebasan pergerakan alat dan masa kitaran lebih pantas turut meningkat.Sistem Suapan Magazin RivTrans Henrob membolehkan sesuatu alat untuk dikenakan kuantiti rivet yang mencukupi agar sepadan dengan kitaran pengeluaran. Alat-alat dilengkapkan dengan magazin storan yang dicaj semula pada selang yang dipra-tetap, contohnya, apabila sesuatu robot bergerak ke kedudukan terletak. Semasa operasi, tiub penyampaian dihentikan dan alat dipisahkan daripada sumber bekalan rivetnya. Ketiadaan tiub penyampaian yang disambung secara kekal meningkatkan kebolehpercayaan dan akses alat kepada komponen. Ia juga menyediakan produktiviti lebih tinggi dengan meningkatkan masa kitaran berbanding alatan suapan hembusan sehingga melebihi 50%. Hubungi Henrob untuk maklumat lanjut Modul Suapan Stad RivTrans™
TStad tebukan diri berbenang disuapkan hanya menggunakan kaedah suapan hembusan. Alatan boleh berbentuk manual, kekaki, atau robotik dengan suapan boleh dilakukan pada sebarang satah. Mod dua suapan tersedia apabila dua saiz benang stad berbeza boleh disuapkan ke alat tetapan tunggal.Hubungi Henrob untuk maklumat lanjut |
|
|
© Hak cipta 2004. Semua hak terpelihara. Semua hak cipta dan tanda niaga lain adalah diiktiraf. Laman ini boleh diakses mereka yang kurang upaya, akses Tahap AAA. |
|